Mengenai Kami

bantumalaysia-orgBANTU Malaysia adalah persatuan yang sah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Nombor pendaftaran BANTU Malaysia ialah PPM-004-14-07032014. Kewujudan BANTU Malaysia adalah atas dasar membantu masyarakat Malaysia dalam aspek-aspek kehidupan insan supaya berpeluang menikmati kehidupan yang lebih sempurna. Sila baca maklumat dibawah ini supaya anda lebih memahami lingkungan usaha BANTU Malaysia.

 

VISI

NGO Bantuan Kemanusiaan Terunggul di Malaysia

MISI

  1. Menyediakan bantuan kemanusiaan dan khususnya program bantuan teknikal bagi keperluan asas seperti air, makanan, kesihatan, pendidikan dan ekonomi kepada masyarakat yang memerlukan di dalam Malaysia atau mana-mana sahaja di seluruh dunia
  2. Membantu masyarakat yang memerlukan melalui aktiviti-aktiviti yang merangkumi kepada pembinaan keupayaan, pengurangan risiko dan pembangunan mampan masyarakat
  3. Menggalakkan semangat muhibah, kesukarelawan dan kemanusiaan di kalangan ahli dan sukarelawan masyarakat, tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman
  4. Menjalankan, dengan kelulusan pendaftar pertubuhan dan pihak berkuasa berkaitan yang lain, mengumpul dana dari organisasi lain (korporat, bukan kerajaan dan kerajaan) dan orang ramai untuk mencapai matlamat tersebut di atas

 

PROGRAM INDUK

Program induk BANTU Malaysia adalah melalui bidang berikut:

  1. Pendidikan
  2. Ekonomi
  3. Kesihatan
  4. Keperluan Asas

Program induk BANTU Malaysia kenali dengan singkatan mudah PEKA.

bantumalaysia-pendidikanPENDIDIKAN

Matlamat BANTU Malaysia adalah untuk golongan pelajar yang mendapat tahap keputusan peperiksaan sederhana pertengahan ke rendah untuk meneruskan pelajaran keperingat kolej dan lebih tinggi. Mereka ini selalunya adalah dari kalangan pelajar “late-bloomers” yang mampu berjaya setelah tersedar bahawa kepentingan pelajaran untuk masa depan mereka. Bantuan kewangan juga akan diberi kepada pelajar yang mengalami situasi kekurangan dana untuk meneruskan pelajaran.

bantumalaysia-ekonomiEKONOMI

Matlamat BANTU Malaysia adalah untuk membimbing individu yang ingin merubah kehidupan mereka melalui bidang perniagaan dan pertanian supaya mereka mampu keluar dari taraf kemiskinan.

Sasaran utama adalah usahawanan individu yang ingin meningkatan tahap ekonomi keluarga. Mereka akan diberi latihan, modal dan pantauan oleh para pembimbing profesional dari golongan sukarelawan BANTU Malaysia yang mahir dalam bidang tugasan mereka.

KESIHATAN

Bidang Kesihatan adalah amat meluas. Peranan BANTU Malaysia adalah dalam bidang kesihatan adalah berkaitan kesihatan mata. Dalam zaman teknologi masa kini, apabila manusia semakin bergantung dengan gajet elektronik, mata semakin terdedah kepada stress yang kurang dirasai kesannya sehinggalah pada peringkat menjelmanya kerosakan nyata. Matlamat BANTU Malaysia adalah dalam kempen kesedaran dan saringan awal kerosakan supaya tindakan segera dapat diambil demi mengurangan kerosakan mata dalam masyarakat.

bantumalaysia-asas-kehidupanKEPERLUAN ASAS

Matlamat BANTU Malaysia dalam bidang keperluan asas adalah merangkumi aspek dalam kehidupan insan seperti rumah untuk berteduh yang mempunyai kemudahan asas seperti air dan tenaga elektrik. Bantuan adalah untuk menyediakan kemudahan yang lebih sempurna untuk masyarakat miskin di pendalaman.

Selaras dengan tema antarabangsa “Water is life”, BANTU Malaysia berhasrat untuk menyediakan infrastruktur berkaitan air di kawasan pendalaman yang mana tiada kemudahan air paip atau kemudahan air yang tidak menentu supaya masyarakat tersebut boleh menikmati kehidupan yang lebih sempurna.

BANTU Malaysia juga berhasrat untuk menyediakan infrastruktur solar untuk menjana bekalan elektrik kediaman, yang juga akan menjadi tenaga untuk infrastruktur telekomunikasi. Dengan adanya infrastruktur telekomunikasi, masyarakat di pendalaman mudah berhubung dengan dunia luar, mendapat maklumat terkini dan berpeluang untuk menjadi lebih kompetitif dalam semua aspek kehidupan berbanding dengan masyarakat moden dibandar.

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai BANTU Malaysia, sila klik untuk HUBUNGI KAMI atau rujuk disini untuk bersama-sama kami sebagai SAHABAT BANTU Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *