PROGRAM 1DAERAH-KEMANA SELEPAS SPM? – DAERAH KRIAN
PROGRAM 1DAERAH-KEMANA SELEPAS SPM? – DAERAH KRIAN telah berjaya diadakan pada 26 – 28 September 2014 di Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, Perak.
Sessi taklimat dimulakan dengan taklimat kepada guru-guru kaunselling sekolah sekitar daerah Krian untuk memantapkan lagi ilmu dan pengetahuan mereka berkenaan peluang-peluang melanjutkan pelajaran selepas SPM.
Pada masa yang sama pelajar-pelajar dibawa ke dewan Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang untuk mengikuti taklimat dari agensi-agensi terlibat berkenaan peluang-peluang melanjutkan di institusi-institusi yang terlibat dengan Program 1Daerah-Kemana Selepas SPM ini.
Matlamat utama BANTU Malaysia ialah untuk memberi maklumat supaya keciciran pelajar selepas SPM terutamanya dari kawasan luar bandar adalah ditahap minima ataupun dihapuskan.
Ini adalah kerana peluang untuk belajar walaupun lulus minima atau gagal sekalipun dalam SPM adalah terbuka luas seandainya pelajar arif akan peluang yang ada.

Sebahagian pelajar yang menghadiri taklimat

Pelajar dari pelbagai latarbelakang turut hadir

Pelajar berpeluang mendapat penerangan terus dari institusi pilihan mereka

Agensi yang bersedia menghulurkan bantuan kewangan untuk pelajar

Pelajar bebas mendapatkan maklumat untuk menyambung belajar

Hasil kerja pelajar bidang automotif kolej komuniti – kereta lumba yang menggunakan engin motosikal

Sessi taklimat untuk guru kaunselling akan peluang menyambung pelajaran selepas SPM
Leave a Reply