PROGRAM 1DAERAH-KEMANA SELEPAS SPM? – DAERAH PERAK TENGAH

PROGRAM 1DAERAH-KEMANA SELEPAS SPM? – DAERAH PERAK TENGAH telah berjaya diadakan pada 18 Oktober 2014 di Institut Latihan Kemas, Bandar Seri Iskandar, Perak.

Sessi taklimat mengenai peluang melanjutkan pelajaran pada kali ini diturut serta oleh institusi-institusi pelajaran yang merangkumi dari pelbagai kolej dan institusi. Sekali lagi pelajar dari sekolah-sekolah di  kawasan sekitar daerah Perak Tengah telah berpeluang untuk mendapatkan maklumat hala tuju untuk mereka menyambung pelajaran selepas SPM.

Ramai pelajar lepasan SPM kecewa apabila permohonan masuk ke IPTA tidak berjaya dan ramai yang menganggap tiada jalan lain untuk melanjutkan pelajaran kerana yuran pengajian di IPTS terlalu tinggi dan tidak tertanggung oleh keluarga.

Kami dapati ramai yang masih tidak peka dan tidak sedar bahawa sebagai warga bumiputera di Malaysia, anda cukup bertuah di dalam bidang pendidikan.

Walaupun anda dari kalangan keluarga yang mempunyai pendapatan kecil, namun ada banyak bantuan yang ditawarkan bagi membantu anda melanjutkan pelajaran. Bantuan tersebut berbentuk sama ada (1) Yuran pengajian mahupun (2) Bantuan sara hidup.

Antara bantuan pelajaran yang boleh anda pertimbangkan untuk tujuan pelajaran ialah dari MARA, JPA, PTPTN, KWSP dan banyak lagi.

Melalui sessi Melalui Program 1 Daerah: Ke Mana Selepas SPM? ini pelajar didedahkan akan peluang-peluang yang ada. Diharap pelajar-pelajar ini mengambil kesempatan yang disediakan dan berusaha untuk merubah pola kehidupan mereka setelah menamatkan pelajaran nanti.

program-1daerah-kemana-selepas-spm

Pelajar mendapatkan maklumat terkini

sambung-belajar-selepas-spm

Penerangan dari institusi dibawah agensi kerajaan

kemana-selepas-spm-perak-tengah

Sessi penerangan di meja bulat

kolej-komuniti-manjung

Hasil kerja pelajar turut dipamerkan untuk membantu kefahaman apa yang akan mereka pelajari selepas SPM

kolej-komuniti-pasir-salak

Bantuan pengangkutan dari KKPS untuk menjayakan program

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *