Program Jom Masuk Kolej: Sessi taklimat percuma di Parit Buntar, Perak

Sessi taklimat percuma Jom Masuk Kolej di Parit Buntar, Perak mensasarkan bantuan untuk lepasan SPM meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan bantuan kewangan untuk pelajar yang tiada kemampuan.

Ini adalah salah satu Program induk BANTU Malaysia.

Pelajar-pelajar lepasan SPM adalah dijemput untuk menghadiri sessi taklimat PERCUMA ini untuk mendapat maklumat bagaimana anda boleh meneruskan pelajaran ke peringkat kolej dengan keputusan serendah 5 kredit mata pelajaran sahaja. Pelbagai bidang pelajaran ditawarkan.

Pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan (pendapatan keluarga kurang dari RM4,000) juga berpeluang untuk mendapat pinjaman boleh ubah yang merangkumi kos sara hidup, kos kursus dan lain-lain kos.

Maklumat lanjut untuk program Jom Masuk Kolej untuk peringkat Bagan Serai adalah seperti berikut:-

  • Tempat: Sekolah Menengah Sri Perak, Parit Buntar, Perak
  • Tarikh: Hari Ahad – 23 Mac 2014
  • Masa: Jam 3 petang

Hadirlah beramai-ramai untuk mendapat maklumat bagaimana nak masuk kolej melalui sessi taklimat PERCUMA anjuran BANTU Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *